Ahad, 18 Oktober 2009

SEJARAH SEKOLAH

Pada tahun 1998 Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah telah membeli Tapak sekolah ini daripada Kerajaan Negeri yang bertempat di Bandar Seri Alam,Masai Johor Bahru yang berkeluasan 6.1 ekar dengan harga setiap 1 Kaki Persegi ialah 10 sen.

Pada tahun 1999 Rancangan untuk pembinaan bangunan sekolah 3 tingkat dengan mengandungi 10 buah kelas Pejabat Pentadbiran dan beberapa bilik Khas telah dibuat Pembinaanbangunan ini adalah dengan Perbelanjaan keseluruhan RM1.2Juta.Semua ahli Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah berusaha untuk mendapatkan dana dengan cara membuat kutipan derma dari Orang Awam dan daripada Syarikat-syarikat.

Pada tahun 2000,bangunan baru sekolah ini telah siap dibina.Pihak Lembaga Pengelola Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru telah berusaha untuk mendapatkan bantuan untuk membeli alatan keperluan sekolah dan kelas.Pihak seklah telah menerima Bantuan Modal daripada Kementerian Pelajaran Malaysia berjumlah RM80,000.00 untuk keperluan sekolah.Sekolah ini telah mula berpindah dan beroperasi pada tahun 2001 dengan jumlah murid 57 orang sahaja.

Terdapat peningkatan Enrolmen murid dari tahun ke tahun. Pada tahun 2003 enrolmen murid di sekolah ini telah meningkat sebanyak 493 orang murid.Pihak Lembaga Pengelola sekolah dan Persatuan Ibu bapa dan Guru telah mencadangkan untuk membina sebuah lagi bangunan baru 4 tingkat dengan memerlukan dana sebanyak RM1.5 juta kerana bangunan lama tidak dapat menampung Enrolmen murid bagi tahun 2004.Pembukaan sekolah 2 sesi telah dibuat bagi mengatasi masalah penempatan murid bagi tahun 2004.

Mulai tahun 2003 sehingga 2004 Pelbagai usaha telah dibuat untuk mendapatkan dana Pembinaan Bangunan baru.Antaranya ialah mengutip derma dari Orang Awan,Ibu bapa dan Syarikat-syarikat.Kami juga telah mengadakan Jualan amal,Konsert Amal dan Jamuan Makan Amal.Pihak sekolah telah menerima bantuan modal pada tahun 2003 sebanyak RM100,000.00 pada tahun 2004 pihak sekolah juga telah memohon untuk mendapatkan bantuan modal dari Kementerian Pelajaran Malaysia sebanyak RM200,000.00.

Pada bulan November 2004 bangunan baru 4 tingkat telah siap dibina dan telah digunakan untuk sesi persekolahan tahun 2005.Bangunan baru ini telah dapat membantu pihak sekolah menempatkan murid-murid dan kini enrolmen murid di sekolah ini ialah sebanyak 1333 orang.

VISI & MISI


VISI 展望
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
卓越的学校培育杰出的后代

MISI 使命
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
透过有素质的教育来启发个人的潜能